buat habis baik :)

Wednesday, August 18, 2010

outdoor (camp craft)


camp craft? menarik :) tapi bukan semudah yg disangka! memerlukan perancangan rapi supaya camp craft tue nampak kemas dan teratur. camp craft kali nie buat dekat kawasan lapang Kolej Kenanga. awal pagi semua berkumpul kan store untuk setup barang-barang yang diperlukan untuk aktiviti camp craft.

mula memunggah barang dari store.

antara keperluan untuk aktiviti camp craft

double check keperluan aktiviti

selesai saja proses pemunnggahan barang dari store,terus bawak barang-barang ke tapak camp craft.pemilihan tapak amat penting.antara faktor-faktor yang perlu dititik beratkan ialah aspek keselamatan dan kesesuaian sesebuah tapak.

memerhati keadaan keselamatan tapak

tapak yang rata memudahkan aktiviti camp craft

perancangan berkumpulan bagi mencapai keputusan yang terbaik

setelah selesai segala perancangan,aktiviti camp craft mula dilakukan.dimulakan dengan buat khemas pusat.khemas pusat berfungsi sebagai tempat berkumpul.juga dijadikan tempat makan dan tempat solat.

pemilihan saiz flysheet amat penting

kekemasan ikatan antara aspek yang perlu dititik beratkan

hasil kerahan tenaga 25 bersaudara :)

selain khemah pusat,nak kena set untuk khemah penempatan,sick bay,khemah peralatan,khemah memasak & khemah genarator.

pemasangan khemah penempatan


No comments:

Post a Comment