buat habis baik :)

Friday, August 27, 2010

outdoor (1st camp/second day)



Selamat Pagi.hari kedua bermula. Semua peserta berkumpul di khemah pusat untuk menunaikan solat subuh. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat zohor berjemaah, semua peserta diminta berkumpul di kawasan parking lot bagi melakukan aktiviti Malaysia Cergas (senaman pagi).Tepat jam 8.30 pagi, semua peserta berkumpul dikhemah pusat untuk sarapan pagi bersama-sama.

Setelah selesai mengisi kekosongan perut di pagi hari, kesemua 8 kumpulan bersedia melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Antaranya ialah, camp craft,orienteering,blind trail dan management game.

CAMP CRAFT (KUMPULAN 8 & KUMPULAN 1)

Aktiviti pertama kami ialah camp craft.Kami diberi tugas untuk memperkemaskan kawasan tapak perkhemahan.Dari khemah pusat,sehingga lah khemah penempatan.Setiap ahli kumpulan bekerjasama menjayakan aktiviti.Pelbagai perkara yang diperkemaskan,antaranya ialah mengukuhkan khemah pusat (menambah lebih pancang).Membuat aliran air untuk setiap khemah untuk mengelakkan khemah dipenuhi air.Membuat pemeriksaan sekali lagi keadaan generator (termasuk wire dan lampu).

ORIENTEERING (KUMPULAN 8 & KUMPULAN 1)

Kami diajar cara-cara membaca kompas & peta.Aktiviti ini dilakukan dilakukan dikawasan hutan.Setiap kumpulan diarahkan untuk membuat satu navigation route.Selesai sahaja kedua-dua kumpulan siap,kami bertukar tempat bagi mencuba route yang telah ditetap kan oleh kumpulan itu.Pelbagai cara yang harus dilakukan.Mencari bearing,mengira jarak (langkah) dan mencari petunjuk.Aktiviti ini selesai dalam masa 30minit.Semuanya berjalan lancer dan kami sangat seronok.

mencari penanda arah menggunakan kompas


semua aktiviti disambung selepas solat zohor dan makan tengah hari.


BLIND TRAIL

Aktiviti ini meminta para peserta menutup mata (menggunakan kain) ketika melakukan aktiviti ini.Para peserta dikehendaki berjalan,melompat dan merangkak untuk melepasi setiap halangan.Pelbagai kerenah yang berlakukan diselangi dengan gelak tawa para peserta.Perlu memasuki tasik,meredah sungai,masuk lumpur dan macam-macam lagi.setelah selesai aktiviti ini,kami berasa syukur kerana dikurniakan anugerah Tuhan (mata) untuk melihat.Memang sukar untuk seorang manusia hidup didunia dalam keadaan yang gelap.bersyukur lah~

para peserta untuk menutup mata


hasilnya :)


Hari semakin gelap.segala aktiviti diberhentikan untuk para peserta melakukan persiapan untuk solat magrib,bacaan yassin,solat isyak serta makan malam.

FIRST AID

Aktiviti bersambung semula.Semua peserta berkumpul di gelangang pasir untuk class first aid.Kami diajar cara menjadi seorang first aider dan juga kelengkapan yang perlu ada dalam sesebuah first aid box.

BANDAGING

Aktiviti ini dilakukan di surau.Kami diajar cara-cara balutan kecemasan.Pelbagai jenis balutan yang diajar.Antaranya adalah balutan yang mengelakkan kecederaan yang lebih teruk seperti,tangan,bahu dan juga kepala.

balutan kecederaan dikepala

we did it guys!


NIGHT WALK

Kami berkumpul disatu tempat bagi diberi taklimat untuk aktiviti ini.Kami diberi kata kunci (busut jantan) untuk memastikan dipihak yang sama.Setelah selesai pembacaan doa,peserta dilepas kan seorang demi seorang untuk melakukan aktiviti ini.Ada yang gerun,ade yang gentar.Macam-macam kerenah ade.Kadang-kadang kelakar jugak sebenarnya.

setelah selesai aktiviti,para peserta dibenarkan untuk tidur. Selamat malam :)

No comments:

Post a Comment