buat habis baik :)

Tuesday, October 19, 2010

outdoor (kayak)


kayak kayak kayak. kaci kaci kaci. hahaha. advantege la untuk budak2 class nie kalau bab sukan air nie. kaci punya pasal. dia banyak pengalaman,so jangan lupa nak share yea brother! haha. kaci nie habitat dia kat air! kalau dalam air, dia lah raja.haha. raja dilautan la kononnye~ haha. tapi kalau atas darat~~~ haha. sendiri mau ingat la. ok3. cukup pasal kaci. (dia ingat dia sorang je power kayak) haha. ok2. pagi2 buta dah terpacak kat tasik shah alam. semua dah excited nak kayak. awal2 pagi dah ready. (kaci la paling excited nak tunjuk kehebatan dia) haha. kaci..kaci... dah macam dugong dah! haha. :) first skali,seperti biasa.safety briefing. safety,safety,safety. bagus3. sebelum masuk air, kena la teori atas darat dulu! haha

susun molek-molek :)

PFD (personal floating device)/ life jacket

teori kayak (anatomi kayak)

ha! nie dia! malaysian kayaker! top 200 world! pergghh!

ha! yang nie pulak BAKAL! (bakal ape pon aku tak tau,bakal lingkup kot! haha)

ready for the battle!

ok3.perkara pertama, CAPSIZE! haha. macam best je! sape yang tak suka tue, rugi! best jugak kadang-kadang dapat main air ramai2. :)

ha! amacam? best? :)

ok3.time untuk kayak btol3 (tadi tue main2 ke? haha) mula2 kita rafting dulu :)

yeah!

bermula lah pengembaraan berkayak kami.dari satu checkpoint,ke satu checkpoint. macam2 la kerenah.lama jugak la kayak.3-4jam jugak la.penat tapi best! have fun ya!

outdoor (abseiling)


ha! yang nie best! buat time bulan puasa pulak tu! excited punya pasal,lepas sahur tros siap2.haha.nak kena pegi stor pick-up equipment untuk bawak pegi tower S & T dulu. banyak jugak la barang yang nak kena amik. nasib baik banyak motor.so,dah nampak dah kerjasama kat sini.tak la sorang-sorang je buat kerja pick-up semua tue.tak perlu ulang alik.

Antara kelengkapan yang diperlukan :

safety glove : untuk keselamatan jari/tangan

crag&figure of 8 : belay device

harness

helmet : untuk keselamatan kepala

class kali nie awal start. sebab banyak kerja nak kena buat. nak kena setup ape semua. so, kalau lambat, abseiling time panas la jawapnye~ first skali setup anchor.tiba masanya mempraktikkan ape yang kami belajar time class teori.so, ikatan and ape semua boleh la diaplikasikan time nie.


anchor utama

second anchor/backup anchor

ha! anchor dah siap! sebelum go for the real, buat la trial dulu.so, confident level tinggi sikit :)

practise make perfect!

ok3.ready dah nie! *excited :)
abseiling ape banyak gaya.so,semua bebas pilih style ape yang dorang nak buat.

1.free fall
2.rap running
3.forward descent/spyder

pikir punya pikir, aku amik style spyder.wah3.macam menarik.belasah je la. :)

ha! tue dia! :)

hahaha.macam2 kerenah ade.yang cuak2 pon ade.yang tak nak turun langsung pon ade.yang excited lebih pon ade.haha.kelakar la.bytheway, thnx to all :)

Friday, August 27, 2010

outdoor (orienteering)

Minggu lalu,kelas orienteering teori telah dilakukan.Kami diajar cara-cara untuk membawa kompas dan peta.

Minggu ini masa untuk mempaktikkan apa yang telah diajar.Aktiviti ini dilakukan disekitar kawasan Kolej Kenanga.Seawal jam 8.30pagi,semua pelajar berkumpul.Kami diberi taklimat ringkas untuk aktiviti ini.Kesemua 12 kumpulan dikehendaki untuk membuat route untuk dibuat untuk kumpulan lain.

SEBELUM MENYAMBUNG CORETAN INI, AKU NAK INFORM SEMUA ORANG,UNTUK POST KALI NIE AKU AKAN CERITA SEMUANYA! A SAMPAI Z! HABIS JUJUR LA NIE! AKU DAH TAK KESAH KALAU ADE YANG TERASA ATAU APE LA KORANG NAK BUAT.ASYIK AKU JE JAGA PERASAAN KORANG,HABIS TU AKU NIE APE? PATUNG! PANDAI-PANDAI LA NAK MENILAI POST AKU NI DARI SUDUT APE SEKALIPUN.POSITIF KE,NEGATIF KE.ADE AKU KESAH?KALAU RASA MENYAMPAH NAK BACA POST NIE,AKU TAK KESAH!TAK PAYAH BUANG MASA NAK BACA!POST NI KHAS UNTUK ORANG-ORANG YANG BERPERIKEMANUSIAN JE.SO,KALAU TAKDE KENA-MENGENA,TAK PAYAH SIBUK-SIBUK.

cerita dulu pasal PERATURAN PERMAINAN untuk aktiviti ini:

-masa yang ditentukan adalah 15minit
-menetapkan bearing dan jarak yang tepat
-MELETAKKAN TAGGING DITEMPAT YANG MUDAH DILIHAT.
-tidak boleh melebihi perimeter yang ditetapkan.

PERMAINAN BERMULA~

Aku kena buat orienteering untuk route sape entah.malas nak ingat. CP.O bermula ditiang bendera.First bearing dan jarak menunjukkan kepada sebatang pokok.go for it.puas jugak la mencarik.tapi tak jumpa CP.1 tu.pelik jugak? tapi xpe la.carik jugak la.carik punya carik,rupa-rupanya tagging tu diletakkan dalam pokok yang rendah? perlu ke nak sorok tagging tu macam tu?hish~ ape punya perangai la.

move to CP2.
Yang ni paling BEST! bearing tepat menunjukkan arah sebatang pokok.jarak pun cun dah.MACAM NAK MATI CARIK WEYH! tiba partner aku tersepak satu batu besar kat area pokok tue & JUMPA TAGGING TU! woi! ape nie? apahal tak tanam terus je dalam tanah! tak pun kau simpan tagging tue dalam poket kau sendiri! perlu ke macam tue ha! hati tue dah tak boleh busuk lagi! kau tau tak peraturan permainan macam mane! faham bahasa tak? deh besar kan! mentality macam budak kecik la! tolong la wei! dah besar pangjang kot.tak payah la perangai pelik-pelik.korang sedar tak semua tue.

move to CP3.
bearing n jarak dah cun.menunjuk kearah sebatang pokok.kali nie aku ngan partner aku carik gila-gila punya.sampai panjat pokok tau tak! dalam-dalam tanah sekali! mane la tau ade orang yang tak ade sivil yang perangai macam tu.15minit! gila la! rupa-rupa salah jarak! BEST! kira jarak betul-betul boleh tak! sebenarnye menunjuk kearah sebatang tiang lampu! puas aku carik kat tiang lampu tu.tak ade jugak! hish~ lepas tue tergerak hati aku nak tengok site bawah tiang lampu tue! Ya Allah! mengucap panjang aku! ade lagi manusia macam korang nie! perlu ke nak busuk hati macam tu! ape yang korang dapat! ape yang best korang buat macam tue! perangai macam...ish!

move to CP4.
sekali lagi terarah kepada tiang lampu.tagging tue saiznya ada 1/4 kertas A4 kan kalau tak silap aku? korang banyakkan tag tue dilipat sekecil-kecil kertas! ape nie! kita play for fun je la! tak perlu nak dajal KAWAN! kadang-kadang benda remeh macam nie la boleh jadi LAWAN tau tak! Sampai bila nak terus pentingkan diri macam ni?tak perlu la.tak ade sape yang suka perangai macam tu.sedar la diri.aku mungkin dah sebagus korang,tapi hati aku tak la sebusuk korang.

move to CP5.
yang ni sekejap je settle sebab dah tau kat mane diaorang 'letak' tagging melalui 'mimpi ngeri' CP-CP sebelum nie.done.

back to base
berkumpul balik kat tempat bermula tadi.siap kena tepuk tangan dan gelak ramai-ramai.Encik Hisyam : 'affan,masa group awak ialah 55minit'. Ya Allah. Tuhan je yang tau perasaan diri ni macam mana.Permainan yang sepatutnya boleh tamat kurang dari 10minit,jadi macam ni.Penatnya,tuhan je la yang tau.BULAN PUASA NI! hanya mampu mengukir senyuman. senyuman yang aku sendiri pun tak tahu untuk ape atau sebab apa.hurm~

p/s: bukan niat untuk menyalahkan sesiapa atau memburukkan sesiapa.korang pon tau aku ni tak sekejam itu.hanya ingin berkongi pengalaman dan pandangan.kita semua dah lama berkawan.korang pon kenal aku macam mane.sedih la.macam tak mengenang jasa.aku banyak share pengalaman,ilmu dengan korang semua.tapi macam nie ke balasan yang aku patut dapat? sebenarnya aku tak kesah semua tu.jika maaf yang dipinta,dah lama aku maafkan.Ibu aku selalu pesan 'ewan,tak guna berdendam dengan orang.tak ade manfaat nya pun.memaafkan itu lebih murni dan dikasihi Tuhan'. pesanan itu sering bermain di minda ku.sebenarnya aku tak penah marah atau benci korang.cuma aku terkilan sikit je.tak semua orang sesabar aku.tak semua orang boleh hadapi situasi macam ni.aku bersyukur sebab aku yang kena buat route tu sebab sejujur hati nya aku cakap,kalau orang lain yang buat,mesti dorang tak kan habiskan game ni dan performance mesti lagi teruk lagi dari aku.dah la.benda dah lepas kan.aku pon dah lupakan.once we decide to be friends together,it means forever.aku berpegang pada kata-kata ni.

Encik Hisyam: saya minta maaf jika saya terkasar bahasa dalam post kali nie.berkali-kali saya fikir,sebelum buat post ni.perlu ke saya tulis mcm ni?ape feedback nya nanti? tapi setelah saya berfikir panjang,saya rasa saya perlu tulis semua ini.kadang-kadang orang lain perlu tahu isi hati saya.sampai bila saya nak pendam.saya minta maaf sekali lagi. salam.

outdoor (1st camp/third day)

Peserta bangun seawal 6 pagi untuk menunaikan solat subuh berjemaah.Setelah selesai, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.Satu kumpulan akan melakukan menagement game dan satu lagi akan melakukan aktiviti skipping.

MANAGEMENT GAME.

Aktiviti kumpulan kami pada hari tu adalah GAME MANAGEMENT. Banyak juga la permainan yang kami main, antaranya ialah permainan trafic jam,KCR dan juga flying cup.Yang paling menarik,flying cup.para peserta diminta melakukan aktiviti ini mengikut kreativiti untuk memindahkan sesuatu ke satu tempat dengan beberapa syarat yang agak menarik.

segala aktiviti tamat jam 11pagi

semua peserta diminta berkumpul berdekatan dengan khemah pusat.Pembahagian tugas dilakukan bagi aktiviti close camp.Para peserta diminta untuk menurunkan kesemua khemah yang didirikan,mengutip sampah dikawasan tapak perkhemahan.

berehat sebentar untuk makan tengah hari

Aktiviti seterusnya bersambung.Kali ini adalah proses pemindahan barang ke dalam lori.Segala-galanya telah dirancang rapi.Kesemua peralatan dan kelengkapa (peribadi) dibawa turun untuk dimasukkan kedalam lori.Segalanya berjalan lancar atas kerjasama semua peserta.

kami sempat bergambar beramai-ramai untuk kenangan sebelum bertolak pulang ke UITM Shah Alam

Proses mengemas barang ke dalam stor bermula.Semua peserta bekerjasama untuk melakukan aktiviti ini.Segalanya diselesaikan dalam masa yang singkat.

MAJLIS PENUTUP
Majlis penutup diadakan di court futsal Kolej Kenanga.Majlis penutupan disudahkan oleh Encik Hisyam.Penyampaian cenderamata dari para peserta.

sesi salam-bersalaman bersama fasilitator.

TAMAT :)

outdoor (1st camp/second day)



Selamat Pagi.hari kedua bermula. Semua peserta berkumpul di khemah pusat untuk menunaikan solat subuh. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat zohor berjemaah, semua peserta diminta berkumpul di kawasan parking lot bagi melakukan aktiviti Malaysia Cergas (senaman pagi).Tepat jam 8.30 pagi, semua peserta berkumpul dikhemah pusat untuk sarapan pagi bersama-sama.

Setelah selesai mengisi kekosongan perut di pagi hari, kesemua 8 kumpulan bersedia melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Antaranya ialah, camp craft,orienteering,blind trail dan management game.

CAMP CRAFT (KUMPULAN 8 & KUMPULAN 1)

Aktiviti pertama kami ialah camp craft.Kami diberi tugas untuk memperkemaskan kawasan tapak perkhemahan.Dari khemah pusat,sehingga lah khemah penempatan.Setiap ahli kumpulan bekerjasama menjayakan aktiviti.Pelbagai perkara yang diperkemaskan,antaranya ialah mengukuhkan khemah pusat (menambah lebih pancang).Membuat aliran air untuk setiap khemah untuk mengelakkan khemah dipenuhi air.Membuat pemeriksaan sekali lagi keadaan generator (termasuk wire dan lampu).

ORIENTEERING (KUMPULAN 8 & KUMPULAN 1)

Kami diajar cara-cara membaca kompas & peta.Aktiviti ini dilakukan dilakukan dikawasan hutan.Setiap kumpulan diarahkan untuk membuat satu navigation route.Selesai sahaja kedua-dua kumpulan siap,kami bertukar tempat bagi mencuba route yang telah ditetap kan oleh kumpulan itu.Pelbagai cara yang harus dilakukan.Mencari bearing,mengira jarak (langkah) dan mencari petunjuk.Aktiviti ini selesai dalam masa 30minit.Semuanya berjalan lancer dan kami sangat seronok.

mencari penanda arah menggunakan kompas


semua aktiviti disambung selepas solat zohor dan makan tengah hari.


BLIND TRAIL

Aktiviti ini meminta para peserta menutup mata (menggunakan kain) ketika melakukan aktiviti ini.Para peserta dikehendaki berjalan,melompat dan merangkak untuk melepasi setiap halangan.Pelbagai kerenah yang berlakukan diselangi dengan gelak tawa para peserta.Perlu memasuki tasik,meredah sungai,masuk lumpur dan macam-macam lagi.setelah selesai aktiviti ini,kami berasa syukur kerana dikurniakan anugerah Tuhan (mata) untuk melihat.Memang sukar untuk seorang manusia hidup didunia dalam keadaan yang gelap.bersyukur lah~

para peserta untuk menutup mata


hasilnya :)


Hari semakin gelap.segala aktiviti diberhentikan untuk para peserta melakukan persiapan untuk solat magrib,bacaan yassin,solat isyak serta makan malam.

FIRST AID

Aktiviti bersambung semula.Semua peserta berkumpul di gelangang pasir untuk class first aid.Kami diajar cara menjadi seorang first aider dan juga kelengkapan yang perlu ada dalam sesebuah first aid box.

BANDAGING

Aktiviti ini dilakukan di surau.Kami diajar cara-cara balutan kecemasan.Pelbagai jenis balutan yang diajar.Antaranya adalah balutan yang mengelakkan kecederaan yang lebih teruk seperti,tangan,bahu dan juga kepala.

balutan kecederaan dikepala

we did it guys!


NIGHT WALK

Kami berkumpul disatu tempat bagi diberi taklimat untuk aktiviti ini.Kami diberi kata kunci (busut jantan) untuk memastikan dipihak yang sama.Setelah selesai pembacaan doa,peserta dilepas kan seorang demi seorang untuk melakukan aktiviti ini.Ada yang gerun,ade yang gentar.Macam-macam kerenah ade.Kadang-kadang kelakar jugak sebenarnya.

setelah selesai aktiviti,para peserta dibenarkan untuk tidur. Selamat malam :)

Thursday, August 26, 2010

outdoor (1st camp/first day)


Setelah berhempas pulas hampir sebulan,kini tiba masanya yang dinanti-nantikan! FIRST CAMP! Segalanya bermula pada hari jumaat (6ogos 2010).Tepat jam 10pagi, semua peserta berkumpul di hadapan stor Kolej Kenanga. Peserta dari Instedt ‘berkampung’ di Kolej Kenanga seawall jam 9 pagi.Sementara menunggu ketibaan para peserta dari UITM jengka,kami sibuk membuat persiapan terakhir (pemeriksaan barang-barang dan kelengkapan peribadi).Segla kelengkapan dan peralatan disusun atur kemas ke dalam lori yang disediakan.Tepat jam 11.20 pagi rombongan dari UITM jengka tiba diperkarangan Kolej Kenanga.Sebaik sahaja semua peserta berkumpul di Kolej,kami diberi taklimat ringkas daripada fasilitator yang bertugas.Kami diberi taklimat tentang kekemasan diri,keselamatan dan juga program flow bertujuan untuk memastikan program yang dirangcang berjalan lancar serta mengelakkan sebarang perkara yang tidak diiginkan.Sebaik sahaja tamat taklimat ringkas daripada para fasilitator,semua peserta diberi makan tengah hari dan masa untuk menunaikan solat jumaat.Tepat jam 2petang, para peserta membuat pendaftaran dimeja urusetia.Setiap peserta diberi tanda nama (name tag) dan juga senarai atucara program.Para peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan (alpha,bravo,Charlie,delta,foxtrot,echo,sierra,gamma).Selang beberapa minit kemudian, sekali lagi para peserta diminta untuk berkumpul untuk persiapan terakhir sebelum para peserta dibenarkan menaiki bas ke tapak perkhemahan (Taman Pertanian Cahaya Seri Alam).


memunggah barang dari stor ke lori


urusetia pendaftaran sibuk melakukan persiapan


bertolak ke Bukit Cerakah

Jam menunjukkan tepat pukul 3 petang.Semua peserta selamat sampai ke tapak perkhemahan.Semua peserta saling bekerjasama memunggah barang dari lori peralatan,dan membawa segala peralatan dan kelengkapan ke tapak perkhemahan.Seperti yang dipelajari, khemas pusat perlu didirikan terlebih dahulu.Semua peserta diberikan tugas untuk mendirikan khemah-khemah yang berkaitan.Antaranya ialah khemah pusat,khemah peralatan,khemah masakan,khemah generator,khemah penempatan dan khemah sick bay.Semua kerja-kerja pemasangan khemah dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan hasil kerjasama semua peserta dan bantuan dari para fasilitator.Jam hampir menunjukkan pukul 7 malam.Hari semakin gelap. Para peserta mula mempersiapkan diri untuk solat maghrib,bacaan Yassin serta solat isyak.Sementara itu, kumpulan 4 dan 5 yang bertugas untuk menyiapkan makanan, sedang sibuk menyiapkan makanan untuk semua peserta .

peralatan dibawa ke tempat berkumpul


pembahagian tugas (pemasangan khemah-khemah)


makan malam setelah selesai solat isyak


makan menggunakan dulang bagi mengerat perhubungan

Sejurus selepas makan malam, para peserta diminta berkumpul di Gelanggang Pasir.Semua peserta harus membawa peralatan-peralatan persendirian.Antaranya ialah, tali, triangular bandage serta buku nota dan peralatan menulis.Aktiviti pertama yang dilakukan digelanggang pasir ialah ice breaking.Sekali lagi para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan.Sesi perkenalan dalam kumpulan kecil bermula.Kumpulan saya dianggotai oleh para peserta dari setiap kampus (shah alam,jengka & instedt). Pada mulanya semua peserta tidak kenal antara satu sama lain.Namun setelah beberapa aktiviti yang melibatkan kerjasama berkumpulan,para peserta menjadi semakin akrab seperti sudah lama mengenali.Setiap kumpulan diminta membuat cheers masing-masing.Dalam masa yang singkat,semua menunjukkan bakat serta kreativiti tersendiri.Pelbagai gelagat dan telatah yang membuat semua tertawa.Setelah selesai sesi ice breaking, peserta didedahkan dengan knotting.Pelbagai ikatan yang diajar oleh para fasilitator.setelah selesai kelas knotting,para peserta dibenarkan tidur untuk merehatkan badan.selamat malam.

Wednesday, August 25, 2010

outdoor (1st camp/intro)

AHLI JAWATANKUASA KEM AMALI ASAS PERKHEMAHAN 2010


PENGARAH PROJEK

MUHAMMAD ZAQWAN AFFAN BIN MOHD SHARIFF


PEN.PENGARAH PROJEK

MEGAT MOHD SYAFFIQ BIN MEGAT HASHIRAT


SETIAUSAHA

NUR ANATI BT LOKMAN


BENDAHARI

BALQIS NABILA BT BAHARUDDIN


BIRO KESELAMATAN

MUHAMMAD NOOR HIZAMI BIN HAMIDI

DHIYA ZAREEN BT NOR MOHD


BIRO PENGANGKUTAN

AMYRUL SHAFIQ BIN SHAMUDDIN

MOHD NASRIL IZZAT BIN JALIL


BIRO MAKANAN

NURHIDAYAH BT AHMAD

EVENEZER BIN JUSTINUS


BIRO KEROHANIAN

MOHD SHAHRUL RASHDAN

NUR FARHANIN BT ABD KHAK SALIM


BIRO LOGISTIK

HILMI REITZ

HAMZAH BIN ZAKARIA

IMRAN MUBASSYIR BIN MOHD

MUHAMMAD ZAKWAN BIN AHMAD

MOHD SYAZWAN BIN ESMAIL

WAN ILHAM BIN WAN RUZMIN


BIRO TUGAS-TUGAS KHAS

MUHAMMAD ASIRULLAH BIN KAMAR

INTAN NUR MARLIANA BT KHIRI

MUHAMMAD HLMI BIN HARIS

MOHAMAD FUAD BIN MOHD YASIN

PUTERI NURZAITUL SHERAZ BIN HASAN

FAEEZAD HASRIQ BIN KHALID

MOHD RAHIMI BIN RAMLI