buat habis baik :)

Thursday, August 26, 2010

outdoor (1st camp/first day)


Setelah berhempas pulas hampir sebulan,kini tiba masanya yang dinanti-nantikan! FIRST CAMP! Segalanya bermula pada hari jumaat (6ogos 2010).Tepat jam 10pagi, semua peserta berkumpul di hadapan stor Kolej Kenanga. Peserta dari Instedt ‘berkampung’ di Kolej Kenanga seawall jam 9 pagi.Sementara menunggu ketibaan para peserta dari UITM jengka,kami sibuk membuat persiapan terakhir (pemeriksaan barang-barang dan kelengkapan peribadi).Segla kelengkapan dan peralatan disusun atur kemas ke dalam lori yang disediakan.Tepat jam 11.20 pagi rombongan dari UITM jengka tiba diperkarangan Kolej Kenanga.Sebaik sahaja semua peserta berkumpul di Kolej,kami diberi taklimat ringkas daripada fasilitator yang bertugas.Kami diberi taklimat tentang kekemasan diri,keselamatan dan juga program flow bertujuan untuk memastikan program yang dirangcang berjalan lancar serta mengelakkan sebarang perkara yang tidak diiginkan.Sebaik sahaja tamat taklimat ringkas daripada para fasilitator,semua peserta diberi makan tengah hari dan masa untuk menunaikan solat jumaat.Tepat jam 2petang, para peserta membuat pendaftaran dimeja urusetia.Setiap peserta diberi tanda nama (name tag) dan juga senarai atucara program.Para peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan (alpha,bravo,Charlie,delta,foxtrot,echo,sierra,gamma).Selang beberapa minit kemudian, sekali lagi para peserta diminta untuk berkumpul untuk persiapan terakhir sebelum para peserta dibenarkan menaiki bas ke tapak perkhemahan (Taman Pertanian Cahaya Seri Alam).


memunggah barang dari stor ke lori


urusetia pendaftaran sibuk melakukan persiapan


bertolak ke Bukit Cerakah

Jam menunjukkan tepat pukul 3 petang.Semua peserta selamat sampai ke tapak perkhemahan.Semua peserta saling bekerjasama memunggah barang dari lori peralatan,dan membawa segala peralatan dan kelengkapan ke tapak perkhemahan.Seperti yang dipelajari, khemas pusat perlu didirikan terlebih dahulu.Semua peserta diberikan tugas untuk mendirikan khemah-khemah yang berkaitan.Antaranya ialah khemah pusat,khemah peralatan,khemah masakan,khemah generator,khemah penempatan dan khemah sick bay.Semua kerja-kerja pemasangan khemah dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan hasil kerjasama semua peserta dan bantuan dari para fasilitator.Jam hampir menunjukkan pukul 7 malam.Hari semakin gelap. Para peserta mula mempersiapkan diri untuk solat maghrib,bacaan Yassin serta solat isyak.Sementara itu, kumpulan 4 dan 5 yang bertugas untuk menyiapkan makanan, sedang sibuk menyiapkan makanan untuk semua peserta .

peralatan dibawa ke tempat berkumpul


pembahagian tugas (pemasangan khemah-khemah)


makan malam setelah selesai solat isyak


makan menggunakan dulang bagi mengerat perhubungan

Sejurus selepas makan malam, para peserta diminta berkumpul di Gelanggang Pasir.Semua peserta harus membawa peralatan-peralatan persendirian.Antaranya ialah, tali, triangular bandage serta buku nota dan peralatan menulis.Aktiviti pertama yang dilakukan digelanggang pasir ialah ice breaking.Sekali lagi para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan.Sesi perkenalan dalam kumpulan kecil bermula.Kumpulan saya dianggotai oleh para peserta dari setiap kampus (shah alam,jengka & instedt). Pada mulanya semua peserta tidak kenal antara satu sama lain.Namun setelah beberapa aktiviti yang melibatkan kerjasama berkumpulan,para peserta menjadi semakin akrab seperti sudah lama mengenali.Setiap kumpulan diminta membuat cheers masing-masing.Dalam masa yang singkat,semua menunjukkan bakat serta kreativiti tersendiri.Pelbagai gelagat dan telatah yang membuat semua tertawa.Setelah selesai sesi ice breaking, peserta didedahkan dengan knotting.Pelbagai ikatan yang diajar oleh para fasilitator.setelah selesai kelas knotting,para peserta dibenarkan tidur untuk merehatkan badan.selamat malam.

No comments:

Post a Comment