buat habis baik :)

Friday, August 27, 2010

outdoor (1st camp/third day)

Peserta bangun seawal 6 pagi untuk menunaikan solat subuh berjemaah.Setelah selesai, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.Satu kumpulan akan melakukan menagement game dan satu lagi akan melakukan aktiviti skipping.

MANAGEMENT GAME.

Aktiviti kumpulan kami pada hari tu adalah GAME MANAGEMENT. Banyak juga la permainan yang kami main, antaranya ialah permainan trafic jam,KCR dan juga flying cup.Yang paling menarik,flying cup.para peserta diminta melakukan aktiviti ini mengikut kreativiti untuk memindahkan sesuatu ke satu tempat dengan beberapa syarat yang agak menarik.

segala aktiviti tamat jam 11pagi

semua peserta diminta berkumpul berdekatan dengan khemah pusat.Pembahagian tugas dilakukan bagi aktiviti close camp.Para peserta diminta untuk menurunkan kesemua khemah yang didirikan,mengutip sampah dikawasan tapak perkhemahan.

berehat sebentar untuk makan tengah hari

Aktiviti seterusnya bersambung.Kali ini adalah proses pemindahan barang ke dalam lori.Segala-galanya telah dirancang rapi.Kesemua peralatan dan kelengkapa (peribadi) dibawa turun untuk dimasukkan kedalam lori.Segalanya berjalan lancar atas kerjasama semua peserta.

kami sempat bergambar beramai-ramai untuk kenangan sebelum bertolak pulang ke UITM Shah Alam

Proses mengemas barang ke dalam stor bermula.Semua peserta bekerjasama untuk melakukan aktiviti ini.Segalanya diselesaikan dalam masa yang singkat.

MAJLIS PENUTUP
Majlis penutup diadakan di court futsal Kolej Kenanga.Majlis penutupan disudahkan oleh Encik Hisyam.Penyampaian cenderamata dari para peserta.

sesi salam-bersalaman bersama fasilitator.

TAMAT :)

No comments:

Post a Comment