buat habis baik :)

Thursday, May 20, 2010

time to get outdoors!

Pabila bercerita tentang outdoors, tak banyak yang boleh diperkatakan.Bukan semua orang punyai minat yang sama.Pernah sekali bertanya, 'minat outdoors?'.Jawapannya, 'outdoor? owh,sorry la.kitorang tak main la outdoor2 nie.kitorang lepak2 mall je.pegi shopping n tgk wayang.ape barang outdoor!'. Seperti yang dijangka.Bukan niat ingin menunding jari kepada sesiapa atau pun menempelak mana-mana pihak,namun itulah hakikat nya yang giat membelenggu belia kini.Benar kata orang,'minat masing-masing'.Jika ianya positif,teruskan! Tapi apa yang kita dapat lihat sekarang, gejala negatif giat menular dikalangan remaja.Tidak perlu dikupas panjang lebar.'Sudah terang lagi bersuluh'.Pelbagai inisiatif telah diambil pelbagai pihak.Hasilnya? Tidak seperti yang digembar-gemburkan.Benar, pendapat individu,berbeza-beza dan kita harus menghormatinya.

Suatu ketika dulu,kalian dan zqwn, kita berada didalam rumpun yang sama.Zqwn yang dulu,bukan zqwn yang sekarang.Bukan ingin bersifat hipokrit atau 'talam dua muka',tetapi itulah lumrahnya.Zaman menengah rendah ku(13tahun-15tahun), banyak berkisar tentang gejala sosial.Pada peringkat umur sedemikian, aliran 'darah muda' kian membuak-buak didada.Menjadi 'raja' difantasi sendiri.Ingin menjadi yang terbaik,namun berada dihaluan sesat.Angkuh dan bongkak menguasai diri.Tanpa disedari,hampir 60% zaman remaja ku dihabiskan dihaluan gelap yang aku sendiri pilih.Mana perginya pertimbangan diri yang selama ini ada dalam diriku?Inikah takdir yang ditentukan NYA untuk ku?Sampai bila aku akan terus bergelumang dalam kancah kegelapan ini?mungkinkah tiada penamatnya?Namun,jauh disudut hatiku berkata,bukan ini haluan yang wajar dilalui.Bukan ini apa yang ku mahu sebenarnya.Pasti ada penyelesaian disebalik semua kepincangan ini.

Penghujung Disember 2006,adalah permulaan segala-segalanya.Mula mengenali Hikers Climber Adventure Team (HCAT).Ianya merupakan salah sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO),yang bergiat aktif disekitar Shah Alam bagi melahirkan para remaja berkualiti untuk menjadi aset negara dimasa akan datang.Hari demi hari,naluri hati kuat mengatakan ini lah haluan yang dicari selama ini.Dengan HCAT,aku mula mendalami ilmu outdoors.Pada awalnya,bukan satu perkara yang mudah kerana ianya 'subjek' baru untuk dipelajari.Bermula dengan Wall Climbing.Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang aktiviti memanjat tembok tiruan itu.Tapi untuk perkongsian kali ini,aku lebih berminat untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan aku dalam salah satu sukan outdoor yang tidak asing lagi dikalangan remaja masa kini,paintball.

Paintball mula diperkenal kan di Malaysia pada pertengahan tahun 2002.Bagi yang seangakatan dengan ku, kita masih lagi mencari identiti sebenar ketika itu.Terlalu kecil bagi kita untuk mendalami sukan ini ketika itu.Paintball secara am nya diketogari kan kepada dua jenis cara permainan.Redball & Speedball.

Redball dimainkan dalam satu kelompok yang ramai.Corak permainan amat berbeza berbanding Speedball.Medan pertempuran Redball adalah dikawasan hutan atau natural areas.Halangan dan rintangan pergantung pada keadaan semula jadi.Kebiasaan nya Redball dimainkan mengikut peratuan capture the flag.Ia nya mudah dan ringkas.Mana-mana pasukan yang terawal mendapatkan flag (flag diletakkan ditengah-tengah medan pertempuran), pasukan itu dikira menang.


tumbuhan dan pokok-pokok dijadikan penghadang.


pakaian menyerupai suasana hutan bagi mengaburi mata musuh.


house marker : biasanya digunakan oleh pemain beginner


personal marker : asalnya ianya adalah house marker.
tetapi telah diubah suai sepenuhnya
bagi kegunaan pemain proffesional


Speeedball merupakan permainan 5 vs 5.Corak permainan adalah memerlukan kombinasi kerjasama, komunikasi dan kepantasan.Kemunkinan untuk menang bagi pasukan yang menguasai ketiga-tiga elemen ini,sangat tinggi.Dari segi pakaian,senjata dan gaya permainan,jauh berbeza berbanding Redball.Speedball mengabungkan peraturan Last Man Standing & Capture The Flag.Medan pertempuran Speedball hanya meliputi kawasan yang ditetapkan.Dalam Speedball,ballon bunker menjadi halangan.Setiap satunya mempunyai nama tersendiri.Antaranya, Dorito,can,50'.


pemain berada disebalik ballon bunker

keseragaman pasukan memainkan peranan penting

kepantasan individu merupakan kelebihan sesebuah pasukan

E-maker : a.k.a electronic maker.
menggunakan konsep
electronic dan gas CO2.

next topic : Wall & Rock Climbing

p/s: kenapa semuanye hijau? eyh! sukati la!

No comments:

Post a Comment