buat habis baik :)

Friday, May 21, 2010

Tembok tiruan&Tembok batu


Perkongisian kali ini berkisarkan tentang Wall & Rock Climbing.Ade yang bertanya 'ape tue?best ke?mcm monyet je panjat-panjat nie?takde kerja lain ke?' Macam-macam kerenah manusia zaman sekarang nie.Boleh tak kalau korang mendalami dulu sebelum membuat apa-apa ulasan yang menjengkelkan?Tolong la.Mintak tolong sangat.Bukan susah pon nak tahu pasal benda nie.Cuba la merajinkan jari jemari tue untuk search info tentang nie kat google contohnya.Baru la tahu betapa coolnye sukan lasak nie.Memang tak ramai yang mengceburkan diri dalam bidang nie.terlalu banyak faktor-faktor yang menghalang untuk menjadi seorang yang pro-active dalam bidang sukan lasak ini.Faktor utama nya, kekurangan kemudahan.Sepenuhnya menyokong faktor tersebutt.Ini kerana, ianya terlalu terhad.Hanya terdapat disegelintir kawasan.Ia menyebabkan para penggiat dan peminat sukan lasak ini,didalam golongan minoriti berbanding sukan lasak lain.Faktor lain, kos peralatan dan kelengkapan.Memang tidak dinafikan,kos untuk sukan lasak seperti ini,memang menelan belanja yang agak tinggi.Faktor keselamatan juga menjadi bualan ramai.Walaupun para penggiat sukan lasak ini tahu akan sistem keselamatan sukan ini berapa pada tahap yang baik,ianya masih tidak dapat menyakinkan orang ramai untuk menceburi sukan lasak ini.

Tetapi,jika dipandang dari sudut positifnya,sukan lasak ini ,merupakan satu aktiviti yang menarik dan menyeronokkan,selain mencabar ketahanan diri.Menjadi lumrah apabila melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini yang popular dengan tahap kesabaran dan cabarannya.Memerlukan keyakinan diri yang tinggi dan juga ketahanana mental yang hakiki.Nasihat dari hati : sukan lasak nie sesuai untuk mereka yang inginkan kepuasan dalam melakukan aktiviti yang mencabar dan untuk mereka yang tidak penah kenal erti putus asa serta,untuk mereka yang suka kan cabaran.Pastikan anda mempunyai kretiria seperti yang dinyatakan.Jika tidak, pergi duduk kat library je,baca buku banyak-banyak.Bila sebut tentang climbing,secara am nya ia terbahagi kepada dua jenis.Wall & Rock Climbing.Ape itu?Mari bersama menyelaminya.

Wall climbing.Atau lebih tepat lagi,tembok tiruan,malay translate.Sukan lasak ini tidak asing lagi lagi para penggiat outdoors di Malaysia.Sehingga kini terdapat bebepara tempat yang menarik untuk melakukan aktiviti ini,khususnya disekitar Lembah Klang.Antaranya di Pusat Membeli Belah One utama,Taman Sukan Lasak Putrajaya & Taman Sukan Lasak Shah Alam.Peralatan-peralatan yang digunakan sewaktu melakukan aktiviti ini adalah sumber utama faktor keselamatan.Antara peralatan-peralatan yang penting adalah, dinamic rope,carrabiner,harness,belay device,quickdraw,climbing shoes & chalkbeg.Pelbagai jenama yang terdapat dipasaran sekarang.Antara yang terbaik(cadangan), Petzl,Black Diamonds & Ocun.Barang-barang atau kelengkapan ini boleh didapati diman-mana kedai outdoors contohnya di Outdoor Center Ampang.

Peralatan-peralatan penting:





Lihat ini ;)

kanak-kanak seawal umur 5tahun mula
mendalami sukan lasak ini.Ini bermakna,
tiada lagi alasan untuk para remaja
membuang masa melakukan aktiviti-
aktiviti yang tidak bermoral.

kekuatan fizikal antara faktor utama seseorang pendaki
yang berjaya.

Rock Climbing.lebih kepada mendaki natural made
wall.Di Malaysia, Batu Cave di Selangor menjadi
tumpuan para pendaki Rock Climbing

Rock Climbing memerlukan daya ketahan
mental yang tinggi,bagi menangani tekanan
yang akan dihapadi ketika melakukan
pendakian kerana ianya tembok semula
jadi.Kita tidak dapat menganggarkan apa
yang akan terjadi.
p/s: dipuncak tue? itu saya ;)

No comments:

Post a Comment